Tuesday, 28 October 2014

WHAT THE HELL WITH UNIVERSITY MALAYA STUDENTS!

Tajuk dalam Bahasa Inggeris.  Untuk menarik perhatian.  Cumanya, segelintir pelajar Universiti Malaya (UM) buat kecoh kerana merobohkan Pagar untuk membenarkan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) memberi ceramah terakhirnya sebelu ke Penjara Sungai Buloh.

What the Hell!  (bahasa Inggeris lagi)

Pelajar harus belajar.  Bukannya guna duit PTPTN untuk berpolitik.  Dicadangkan kepada pihak UM supaya mengenakan tindakan keras kepada pelajar pelajar terbabit.

Menyokong peliwat adalah kesalahan serius.  Meruntuhkan pagar seolah olah mereka tidak ada hormat langsung kepada pengurusan UM.

What the Hell!!!

Monday, 25 August 2014

TEGURAN TUN MAHATHIR

Tun Dr Mahathir telah menegur DS Najib.  Beberapa kekhilafan pentadbiran DS Najib dan keputusan yang dibuat oleh DS Najib telah mendapat perhatian Negarawan ini. DS Najib perlu dengan segera berjumpa Tun Dr Mahathir untuk mendapat petunjuk dan idea baru.  Sememangnya dah nampak stagnant atau tidak bergerak pembaharuan DS Najib untuk menaikkan semangat bangsa Melayu.  Apa yang naik hanyalah harga barang barang keperluan dan pengurangan subsidi Kerajaan.  Orang orang Melayu dilihat resah menanti petunjuk baru dari DS Najib dan Kerajaan BN. 

Tun Dr Mahathir sebagai Negarawan ulung pasti tahu apa yang perlu dilakukan.  Bersediakah DS Najib dengan penuh keikhlasan turun kebawah berjumpa Tun? 

Apapun orang orang Melayu sedang melihat sejauh mana besarnya jiwa DS Najib.